Perpisahan golongan modernist dengan akar

Oleh: al-Habib Prof. Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Atttas hafizahuLlah Ta‘āla

Golongan modernist mahu berpisah dengan akar, mereka mengatakan bahawa kita tidak boleh kembali kepada etymology—itulah apa yang Prof. Aziz al-Azmeh, salah seorang daripada pendakyah bagi gerakan modernist, katakan kepada saya. Itu juga adalah apa yang Muhammad Abduh katakan apabila berchakap tentang mengubah bahasa Arab, kononnya bahasa itu telah rosak disebabkan oleh para ulama’ di masa terdahulu. Itu tidak benar. Saya memikirkan dalam masa seratus ke dua ratus tahun ini, terdapat banyak penyimpangan—para sufi palsu dan para ulama’ palsu—dan golongan modernist jemu dengannya dan lantas banyak menyalahkan mereka di masa terdahulu. Sebetulnya bukan masa terdahulu yang patut dipersalahkan, tetapi Muslim sendiri yang patut dipersalahkan. Iaitu jika kalian tidak memahami banyak perkara, kalian mengecilkan makna banyak perkara.

Contohnya, penggunaan al-Qur‘ān bagi perkataan fiqh, di situ digunakan dalam pengertian yang umum, pengetahuan Islām dalam erti kata menyeluruh; mempunyai kefahaman tentang apa itu pengetahuan Islām. Akan tetapi, para peguam telah mengecilkannya sebagai ‘fiqh’, suatu bidang ilmu baru, berkaitan perundangan , berkaitan halal dan haram. Sudah tentulah itu merupakan satu daripada beberapa maksud perkataan itu, tetapi kalian tidak boleh sama sekali mengecilkan maksudnya ke situ. Jika sekiranya kalian melakukannya, kalian akan menghanchurkan seluruh rangkaian maknanya kerana ia seolah-olah memberitahu kononnya ‘fiqh’ yang demikian itu adalah menayangkan Islām keseluruhannya, yang tidak benar sebetulnya.

Kerana itulah sebahagian daripada kalangan mereka itu menyerang Imām al-Ghazalī rahimahuLlah Ta‘ala kerana Imām al-Ghazalī rahimahuLlah Ta‘ala mengatakan bahawa fiqh adalah pengetahuan yang disebut fard kifayah yang tidak wajib bagi setiap Muslim untuk mengetahuinya. Ia bukanlah fard ‘ayn, iaitu pengetahuan yang wajib ada bagi setiap Muslim, kerana banyak daripadanya adalah pendapat golongan perundangan, namun kita tidak mengatakan ia tidak seharusnya, kalian mestilah ada fiqh kerana ia adalah tafsiran bagi shari‘ah, tetapi mengecilkan Islām kepada fiqh juga salah.

Ulama’ awal yang terdahulu yang hanya berhadapan dengan perundangan disebut fuqaha’, tetapi mereka yang hanya berhadapan dengan perundangan masa kini mengaku diri sendiri sebagai ulama’. Ini adalah salah kerana ulama’ masa kini bukan pemilik ‘ilm seperti itu, mereka hanya memiliki pengetahuan yang singkat tentang Islām, tidak seperti ulama’ terdahulu yang perlu mengetahui pelbagai ilmu pengetahuan seperti pengetahuan tentang dunia masa mereka kini. Kebanyakan orang yang terpelajar di masa terdahulu, selain mengetahui tentang Islām, mereka juga mengetahui tentang ilmu bahasa, ilmu sastera, ilmu sejarah dan juga ilmu tentang agama-agama lain.

Seorang yang merupakan pengasas ilmu perbandingan ugama adalah al-Biruni. Beliau menulis tentang Hindu, tentang Buddha, malah sebelum orang lain mula menulis tentang agama-agama lain—tetapi beliau tidak membandingkan Islām dengan agama-agama lain, sebaliknya Islām dijadikannya piawai bagi menunjukkan bagaimana agama-agama lain itu salah tentang beberapa perkara. Untuk melakukannya, beliau telah pergi ke India, menguasai bahasa Sanskrit, mengadakan perbinchangan dan perbahasan dengan pemikir dan ahli falasifah Hindu dan Buddha. Itulah asal usul ilmu perbandingan ugama, dan buku al-Biruni masih tetap dibacha pada hari ini.

Categories: Opini

Tagged as:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s